TEPAT DALAM MEMBUAT PILIHAN BAKAL ISTERI/SUAMI BERERTI BAHAGIALAH MASA DEPAN RUMAHTANGGA. SUAMI/ISTERI YANG SOLEH/SOLEHAH,ADALAH KEMEWAHAN DAN NIKMAT HIDUP YANG PALING BERNILAI DALAM SESEBUAH RUMAH TANGGA. SEBALIKNYA SUAMI/ISTERI YANG JAHAT AKAN MEMBERI BEBANAN SEPANJANG HIDUP HINGGA KE ANAK CUCU. SEBAB ITU ISLAM MENETAPKAN AGAMA DAN AKHLAK YANG BAIK DAN BERKETURUNAN BANYAK ANAK SEBAGAI PERKARA UTAMA DALAM MEMBUAT PERTIMBANGAN MEMILIH BAKAL SUAMI/ISTERI.
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya, dunia ini adalah kenikmatan hidup.Sebaik-baik kenikmatan hidup dunia ialah isteri yang solehah(H.R. Muslim)
Maksudnya: Dikahwini perempuan itu(kebiasaannya) kerana 4 perkara: hartanya,keturunannya,kecantikannya,dan agamanya. Maka pilihlah yang(berpegang teguh dengan ajaran) agama, nescaya kamu mendapat keuntungan(tepat pilihan kamu) (H.R. Bukhari dan Muslim)
Maksudnya:Kahwinilah kamu dengan perempuan yang manja lagi banyak melahirkan anak sesungguhnya aku menggalakkan umatku supaya ramai. (H.R. Abu Dawud ahNasa'i dan al-Hakim)
Hadith-hadith ini menjadi panduan dalam memilih bakal isteri/suami/menantu, walaupun dituju kepada kaum lelaki untuk bakal isteri mereka. Agama dan akhlak mulia menjadi kriteria yang utama. Manakala yang lain-lainnya iaitu harta, keturunandan kecantikan adalah berada di tempat yang selepasnya...
Kandungan Gizi Dan Manfaat Kerang Hijau
7 years ago
No comments:
Post a Comment